BAYI
Bagi peringkat bayi pengambilan gula harus dikurangkan kerana dikhuatiri menyebabkan kegemukkan dan juga kencing manis.Walaupun bayi pada usia 6 bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan tetapi jangan tinggalkan susu ibu sehingga berumur 2 tahun.Adalah lebih baik jika makanan bayi dibuat sendiri oleh ibu kerana ibu amat peka dalam mengambil jumlah gula yang betul untuk bayi.
REMAJA
Peringkat ini pengambilan remaja harus diseimbangkan.Ketika zaman remaja meraka akan lebih kepada pengambilan minuman yang bergas dan juga makanan yang dikenali sebagai 'FastFood'.Ini kerana kebanyakkan makanannya amat manis dan juga mengandungi bahan pemanis kalori rendah aspartam,pernah dilaporkan membawa kesan sampingan yang membawa maut terhadap pengguna.Intihannya,para remaja harus mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi supaya kesihatan mereka akan menjadi lebih sihat.
Peringkat ini pula bergantung kepada saiz badan individu itu sendiri.Seseorang yang mempunyai badan yang besar memerlukan jumlah tenaga yang banyak manakala seseorang yang mempunyai saiz badan yang kecil memerlukan jumlah tenaga yang lebih kecil.Kita disarankan untuk mengambil gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.