Tuesday, 12 July 2016

Kaedah penjagaan kesihatan badan yang betul



Kesihatan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan kita.Oleh itu kita harus menjaga kesihatan kita supaya  kehidupan kita akan menjadi lebih baik.Mengambil minuman yang berkhasiat merupakan diantara salah satu cara menjaga kesihatan tetapi terdapat beberapa cara yang lain kita boleh lakukan demi menjaga kesihatan kita.Mari kita lihat dibawah


Langkah pertama ialah dengan melakukan senaman atau aktiviti diluar rumah.Cara ini bukan sahaja mampu untuk menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan oleh badan malah boleh membakar lemak sekaligus mengurangkan pesakit obesiti di negara ini.Terdapat pelbagai  senaman yang boleh dilakukan seperti bermain badminton,berjogging,yoga,bermain bola sepak dan sebagainya.Tuntasnya,masyarakat di negara kita harus mengamalkan gaya hidup sihat bermula pada hari ini agar kesihatan kita akan lebih terjamin.





Langkah kedua ialah dengan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan.Pengambilan makanan amat mempengaruhi kualiti kesihatan kita jika makanan yang kita ambil itu tidak berkhasiat maka kesan negatif akan datang pada diri dan kesihatan kita.Mari kita lihat aras di setiap piramid makanan tersebut:

ARAS 1.

Merupakan sumber karbohidrat untuk membekalkan sumber tenaga kepada badan manusia.Karbohidrat juga merupakan sumber tenaga yang utama dalam badan manusia dan boleh didapati di dalam makanan seperti nasi,mi hun,bubur dan roti.

ARAS 2.

Sayuran dan buahan ditempatkan di aras ini yang kaya dengan vitamin,serat dan mineral.Oleh itu kita perlu mengambil sayur sayuran dan juga buah buahan pada setiap hari.


ARAS 3.

Ayam,daging dan ikan mengandungi protein,zat besi,zink dan magnesium yang boleh mengantikan tisu sel yang telah mati dan mampu untuk menyembuhkan luka kecil atau besar.

HASIL TENUSU

Di aras ini juga tenusu juga terkandung.Makanan seperti keju,dadih dan susu kaya dengan kalsium dan vitamin D.


ARAS 4.

Yang terakhir ialah lemak,gula dan minyak dan kita perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.






No comments :

Post a Comment