Monday, 20 June 2016
Kesan Daripada Penggambilan Minuman Bergula Secara Berlebihan
Jika diterusi secara lebih terperinci kita dapati pengambilan gula secara berlebihan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia terutamanya dalam kalangan warga emas.
Antara kesan pengambilan gula secara berlebihan ialah akan menyebabkan kencing manis sekaligus meningkatkan kadar kematian dalam negara kita.oleh itu masyarakat harus bijak dalam pengambilan gula agar kehidupan mereka akan menjadi lebih sihat dan sejahtera.Tegasnya disini bahawa semua masyarakat harus menitik beratkan mengenai isu ini agar tiada kes kematian akan berlaku lagi.
Sejajar dengan itu pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan obesiti dimana individu tersebut mengalami berat badan yang berlebihan.Seperti , orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan lebih mudah untuk mendapat penyakit.Terbuktilah bahawa pengambilan gula akan menyebabkan obesiti dan diabetes dimana sehingga sekarang tidak ditemui penawar nya lagi.
Kesimpulannya,pengambilan gula harus dikurangkan oleh semua lapisan masyarakat tidak kiralah tua mahupun muda.Hal ini kerana pengambilan gula berlebihan akan memudaratkan kesihatan manusia dan sekaligus menyebabkan kematian.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment