Tuesday, 7 June 2016

Adakah air itu penting?


Air merupakan aset yang penting untuk kehidupan di bumi dan kepada alam sekitar.Antara kepentingan air dalam kehidupan manusia ialah untuk membantu proses pencernaan dalam badan manusia agar badan manusia akan sentiasa dalam keadaan sihat untuk jangka masa yang panjang.Selain itu,air membantu dengan efektif untuk mengawal suhu badan manusia terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas.Perkara ini jelas akan mengelakkan seseorang itu daripada dehidrasi.Kesan kepada alam sekitar ialah segala tumbuhan akan mati akibat kekurangan air untuk menjalankan proses penyerapan air daripada akar seterusnya ke pokok.Di samping itu, air sangat penting untuk mengekalkan kesuburan tanah disesuatu tempat agar tidak berlakunya kemarau.Kesimpulannya,air sangat penting untuk menjalankan kehidupan seharian dan untuk memastikan  suhu bumi stabil.


No comments :

Post a Comment