Wednesday, 8 June 2016
Pencemaran Air Menjadi Isu Hangat Di Seluruh Dunia
Pencemaran air bukan sahaja berlaku dalam negara kita tetapi juga berlaku di negara luar seperti Afrika,China dan sebagainya.Hal ini akibat sikap manusia yang tidak mempunyai sifat sayang terhadap alam sekitar.Selain itu, pencemaran air juga berlaku akibat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuang sisa toksik ke laut dan sungai sekaligus menyebabkan bekalan air bersih tercemar
Apakah peranan masyarakat setempat bagi mengelakkan perkara seperti ini terus berlaku?
(1)Masyarakat sekarang harus diberi penekanan mengenai kepentingan memulihara dan memelihara sumber air.
(2)Melakukan gotong-royong membersihkan kawasan sungai dan tebing pantai.
(3)Berganding bahu untuk menjaga alam sekitar daripada terus dicemari oleh tangan durjana.
Apakah peranan kerajaan bagi mengelakkan perakara ini terus berlaku?
(1)Kerajaan harus mengadakan kempen Alam Sekitar bagi menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
(2)Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang agar kes pencemaran air ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
(3)Kerajaan harus mendenda kilang yang mengeluarkan sisa toksik ke dalam sungai.
Apakah peranan ibu bapa dalam mengelakkan perkara ini terus berlaku?
(1)Ibu bapa harus mendidik anak sejak daripada kecil tentang kepentingan air.
(2)Ibu bapa harus menjadi "roleModel" dalam memupuk diri anak kecil untuk menjaga alam sekitar.
(3)Ibu bapa harus menegur jika anak mereka membuang sampah ke dalam sungai atau di merata tempat.
Natijahnya, memelihara dan memulihara sumber air ialah tanggungjawab bersama bukan sesuatu pihak sahaja.Hal ini kerana,sumber air merupakan nikmat yang besar yang telah diberikan oleh tuhan kepada kita semua dan kita harus menggunakannya dengan berhemah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment